24 Oktober 2016 - 08:34
Lebih 35000 Suspek Telah Ditahan Di Turki Kerana Dakwaan Punya Hubungan Dengan Gulen: Media.

Ankara telah menahan sekitar 35000 orang yang disyaki punya hubungan dengan Gulen yang merupakan seorang ulama yang berpusat di A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ankara telah menahan sekitar 35000 orang yang disyaki punya hubungan dengan Gulen yang merupakan seorang ulama yang berpusat di A.S. Fethullah Gulen sebelumnya didakwa oleh pentadbiran Erdogan sebagai ketua dalam percubaan rampasan kuasa yang berlaku pada pertengahan Julai lepas.

Badan penyiaran Turki, NTV pada hari Ahad mengutip kenyataan menteri kehakiman Turki, Bekir Bozdag yang mengatakan bahawa penahanan para suspek sudah dibuat semenjak percubaan rampasan kuasa itu berlaku dan menambah bahawa Ankara berhasrat untuk menahan seramai 3907 orang individu lagi di atas perkara yang sama.

Menurut data rasmi juga, lebih kurang 82000 orang sudah disiasat manakala puluhan ribu pula sudah digantung tugas, dipecat atau dipenjarakan kerana mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa tersebut.

Seramai 246 orang dilaporkan terbunuh di dalam rampasan kuasa tersebut manakala 2100 orang yang lain pula mengalami kecederaan. Gulen yang berusai 75 tahun telah mengutuk rampasan kuasa tersebut dan dalam masa yang sama menafikan sebarang bentuk penglibatan di dalam perkara itu.